Login Ahli



Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Banner

Siapa Online

Kami ada 7 tetamu online

Alamat IP Anda

Selamat Datang

www.annabella.com.my

Anda Dihubungkan Dari

38.107.191.86

Semoga Sihat Selalu

Anda Pelawat Ke :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini10
mod_vvisit_counterSemalam21
mod_vvisit_counterMinggu Ini78
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

 

Aktiviti Terkini

 

 

 

 

Terapi Minda PDF Cetak E-mail

Adakah anda merasakan kehidupan anda sekarang semakin mencengkam dengan pelbagai masalah? Atau sesekali anda merasakan seperti tiada jalan keluar untuk anda pergi dari situasi yang tidak menyenangkan. Tekanan perasaan, trauma, fobia, kecewa, dikhianati dan pelbagai sebab lagi membuatkan anda semakin lemah dan tidak berdaya meneruskan kehidupan seharian dengan baik.


Anda ingin berubah dan kehidupan yang lebih baik bukan? Mulakan perubahan yang anda inginkan sekarang dengan melakukan terapi minda melalui kaedah Annabella House of Therapy.


Terapi minda di Annabella House of Therapy dilakukan dengan menggunakan Annabella Mind & Soul Empowerment Method (Annabella Method), yang diilhamkan oleh Puan Nabila sendiri berdasarkan pengalaman beliau sebagai konsultan terapi minda. Gabungan elemen hipnoterapi, kerohanian, terapi energy (energy healing) dan terapi muzik (music therapy) yang digunakan dalam sesi terapi minda di Annabella House of Therapy ini terbukti berkesan dan dapat membawa perubahan yang hebat sebagaimana yang diingini para pelanggan kami.


Anda salah jika berfikir terapi minda ini hanya untuk mereka yang mengalami tekanan perasaan atau individu yang bermasalah sahaja. Terapi minda Annabella method sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Tidak kira anda sama ada anda mengalami trauma, fobia, tekanan perasaan atau tidak, ia mampu meningkatkan karisma diri dan kualiti hidup anda.


Ramai yang takut apabila mendengar perkataan hipnoterapi atau dihipnosis kerana tidak mahu dipukau dan diri berada di dalam keadaan tidak sedar apabila diterapi. Kenyataan ini adalah salah sama sekali kerana hipnoterapi adalah satu kaedah di mana anda akan dilatih dan dibawa ke tahap ketenangan atau rileks yang paling dalam serta berada pada satu fokus.


Setelah anda benar-benar rileks dan berada di dalam ketenangan yang maksimum, saranan-saranan yang positif akan diberikan oleh terapis masuk ke dalam minda bawah sedar anda. Sebaik saja pesanan ini diterima dan dilaksanakan oleh minda bawah sedar anda, maka perubahan-perubahan yang positif akan berlaku sesuai dengan keinginan anda. Di sinilah proses ‘format’ minda akan berlaku di mana perkara-perkara negatif dalam diri dan pemikiran boleh dihilangkan atau diminimumkan. Segala perkara yang positif pula akan dimasukkan ke minda bawah sedar mengikut kehendak anda hasil daripada konsultasi yang dijalankan bersama terapis.


Hipnosis sebenarnya merupakan satu kaedah yang efektif untuk ‘memperdaya’kan diri untuk masuk ke dalam minda bawah sedar. Setiap satu sesi terapi yang dijalankan adalah merupakan sesi yang unik dan berbeza. Anda dan terapis saling memainkan peranan untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Proses terapi juga akan lebih mudah sekiranya anda memberikan kerjasama yang baik dalam setiap saranan yang diberikan.


Walaubagaimanapun, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk menjalani sesi terapi minda ini kerana setiap satu sesi biasanya mengambil masa minimum satu jam. Secara asasnya, anda perlu menghadiri tiga sesi untuk hasil yang maksimum. Keistimewaan terapi minda di Annabella House of Therapy ialah anda akan dihadiahkan “secret of abundance” yang dibuat khusus untuk diri anda!


Pada sesi akhir pula, anda akan diuji sejauh mana kekuatan minda dan keyakinan diri selain dapat menilai sendiri perubahan-perubahan positif yang berlaku terhadap diri anda selepas menjalani sesi terapi minda.


Pada saat ini, sekiranya terdetik dinaluri anda untuk melakukan perubahan yang positif, itu adalah hidayah untuk anda. Mengapa anda masih bertangguh untuk memulakan perubahan yang positif dalam hidup? Mulakan sekarang kerana satu saat dan satu minit yang berlalu adalah kerugian masa bagi anda. Hubungi kami segera untuk sesi terapi minda anda!

 


 

 

Testimoni

 

  • Saya diminta oleh isteri untuk mencuba kaedah terapi minda ini. Selain mengalami obesiti, saya seorang yang agak pemarah, sukar mengawal nafsu makan dan rasa rendah diri dengan keadaan fizikal. Secara jujurnya, saya tidak yakin pada mulanya bagaimana terapi minda ini boleh membantu. Namun setelah menjalani sesi terapi minda dengan Puan Nabila, saya begitu terkejut dengan perubahan mendadak dalam diri saya. Sebenarnya pada sesi pertama lagi saya sudah dapat merasakan perubahan pada diri saya iaitu berasa tenang, boleh mengawal kemarahan dan keyakinan dalam diri bertambah. Nafsu makan juga sudah boleh dikawal. Saya sangat gembira dengan perubahan yang berlaku terutamanya selepas ujian minda dilakukan telah membuka mata saya tentang kekuatan minda dan potensi diri saya sebenarnya. Terima kasih kepada Puan Nabila dan isteri saya kerana memaksa saya mencuba terapi minda ini!

En. Shamsul (31 tahun), Prima Saujana, Kajang.

 

  • Saya merupakan penagih dadah tegar, terjebak dengan seks bebas seawal usia 15 tahun dan mengalami kisah hidup yang tragis. Keluar masuk pusat serenti juga sudah menjadi perkara biasa. Proses terapi minda yang saya lalui banyak menginsafkan saya lebih-lebih lagi setelah Puan Nabila membuang trauma yang ada dalam diri saya. Banyak perubahan yang besar berlaku dalam hidup saya setelah membuat terapi minda. Paling nyata, keinginan pada dadah semakin berkurangan dan tiga bulan selepas itu saya telah berhenti menagih dadah sepenuhnya. Jika sebelum ini saya banyak mengabaikan tanggungjawab saya pada keluarga, kini saya berpeluang memperbaiki kesilapan saya. Banyak perkara positif yang tidak pernah saya terfikir, sebelum ini, berlaku dalam hidup saya. Apa yang pasti, sekarang saya semakin tenang, bahagia, rajin berusaha dan bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

En. Mohd. Noor (40 tahun) Alor Gajah, Melaka.

 

  • Menakjubkan! Saya bekerja sebagai jururawat dan berumur hampir lima puluh tahun. Saya mengalami masalah gagap, cepat marah dan rasa rendah diri disebabkan banyak faktor. Namun selepas menjalani sesi terapi minda dengan Puan Nabila, saya benar-benar gembira dengan keadaan sekarang kerana masalah gagap saya hampir pulih sepenuhnya. Banyak perkara menakjubkan berlaku dalam hidup saya dan impian saya juga banyak yang telah tercapai. Sebagai tanda kesyukuran, saya terpanggil untuk membantu orang lain dengan menyarankan kepada pesakit yang memerlukan bantuan supaya membuat terapi minda dengan Puan Nabila sebagai rawatan alternatif kepada penyakit dan masalah yang dihadapi.

Puan June, Petaling Jaya.

 

  • Nabila, I happy betul hari ini… I rasa macam tak ada negative, I berani tegur orang hampir 6 orang yang I tak kenal and start conversation… Alhamdulillah!

Cik Nieta (30 tahun) perunding pelaburan, Ampang.

 

  • Anak perempuan saya (14 tahun) tiada masalah dalam pelajaran tetapi mempunyai masalah dengan pergaulan terutama dengan kawan-kawan di sekolah. Dia pendiam, selalu membawa diri, menghadapi tekanan di sekolah dan terlalu merasa rendah diri. Setelah diberikan terapi minda oleh Puan Nabila, anak saya mula menampakkan perubahan yang positif di mana dia semakin berkeyakinan dan pandai bergaul dengan kawan-kawannya. Anak saya juga telah dilantik menjadi pengawas di sekolahnya.

En. Nizam, Bukit Jelutung.

 

  • Saya membawa anak lelaki saya membuat terapi minda dengan Puan Nabila setelah saya dan suami hampir berputus asa menangani masalah anak sulung kami. Anak saya ini sukar mendengar kata selalu ponteng sekolah, merokok, berkawan dengan budak-budak nakal, pernah digantung sekolah dan hampir dibuang sekolah. Saya diberi peluang oleh pihak sekolah untuk cuba memperbaiki sikap anak saya, jika tidak anak saya akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin yang teruk. Setelah menjalani terapi, Alhamdulillah anak saya mula mendengar kata, menunjukkan minat belajar dan tidak lagi suka keluar rumah sehinggakan kawan-kawannya pula mencari anak saya di rumah. Selain itu, anak saya mulai solat, ada perubahan pada disiplin dirinya seperti mengemaskan bilik sendiri, membantu saya di dapur dan juga mula berkomunikasi dengan keluarga. Saya juga telah pindahkan anak saya ke sekolah lain atas nasihat Puan Nabila. Semoga perubahan anak saya ini berkekalan dan juga bertambah baik dari masa ke semasa.

Puan Shamsidar, Taman Dagang, Ampang.

 

  • PUNCA saya menjalani sesi terapi ialah kerana saya berasa keliru dan tidak dapat mengenal pasti apakah punca masalah yang berlaku dalam diri. Saya selalu berfikiran negative, sentiasa ada gangguan fikiran dalam setiap perkara yang saya lakukan sehinggakan adakalanya ketika memandu pun saya selalu hilang fokus. Begitu juga ketika mengajar dan berhadapan dengan pelajar, saya kerap hilang tumpuan dan adakalanya gagal mengawal emosi. Setelah menjalani sesi terapi dengan Puan Nabila, saya berjaya mengenal pasti punca masalah dan kembali berfikiran positif. Saya juga berasa lebih tenang, emosi lebih stabil dan saya berazam untuk kekalkan sikap positif ini supaya karier saya lebih cemerlang di masa hadapan.

Cikgu Jeffry, (37 tahun), Guru disiplin, Cheras.


  • Suami saya yang saya kenali seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Sehinggalah dia mengenali seorang wanita, keadaan mula berubah. Rumahtangga kami bergoncang dengan hebat dan pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk mengatasi masalah kami namun keadaan semakin tidak terkawal. Akhirnya suami nekad mengatakan kami akan bercerai selepas tamat bulan Ramadhan sempena menghormati bulan tersebut dan beraya bersama anak-anak buat kali terakhir. Seorang sahabat mecadangkan saya menjalani terapi minda bersama Pn. Nabila. Saya benar-benar pasrah dan sebagai usaha terakhir, saya akur. Selain itu setiap saranan dan nasihat Pn. Nabila juga saya ikuti. Alhamdulillah, usaha saya ini berhasil! Dengan izin Allah jua, suami saya telah kembali kepada saya, bukan saja kami tidak jadi berpisah, bahkan hubungan kami semakin rapat seperti pasangan baru mendirikan rumah tangga.

Puan Nory, (39 tahun), Suri rumah, Kuantan, Pahang.


Just wanted to thank you again for the help you gave me with your mind therapy session. I got everything I wanted out of it and more! Thank you!

Mr. Johan, Ceo, Kuala Lumpur


 


Hipnoterapi

 

Kaedah pengubatan alternatif dengan menggunakan proses penyembuhan yang menggabungkan teknologi terapi, hipnosis, NLP, metafora dan EFT. Ia disertai penggunaan seni berkomunikasi (Power of Word). Sangat sesuai untuk anda yang menghadapi masalah tekanan perasaan, psikologi, fobia, trauma, kecelaruan identiti, anak-anak yang bermasalah, masalah suami isteri dan banyak lagi. Ia juga dapat membantu anda untuk menaikkan imej diri, membina personaliti, memberi keyakinan, menaikkan karisma diri dan keterampilan diri kepada yang anda idamkan selama ini. Selain itu, juga dapat menukar personaliti anda kepada yang lebih baik seperti yang anda mahukan. Hipnoterapi dapat membantu anda menangani masalah seperti berikut:

 

  • Masalah merokok/ smoking
  • Tekanan/ stress
  • Keyakinan/ confidence
  • Fobia/ phobias
  • Putus harapan/ break-up – divorce
  • Seksual/ sexual issues
  • Kemarahan/ anger
  • Cemburu/ jealousy
  • Peperiksaan/ exam nerves
  • Mengurangkan berat badan/ slimming
  • Motivasi/ motivation
  • Perhubungan/ relationship
  • Sports performance
  • Business development
  • Pelbagai isu/ more issues here

 

 

 

Subliminal Cd

 

Satu proses dengan menggunakan 'Brain Entrainment wave' iaitu gelombang tertentu yang akan menjana ke minda bawah sedar anda tanpa anda ketahui, hanya hasilnya akan ketara selepas 1 minggu penggunaannya. Melalui penggunaan CD, ia menggunakan kaedah penerapan terapi gelombang atau pengetaran gelombang pada bahagian tertentu otak untuk menjana kembali energi bio tertentu dalam otak bagi mengaktifkan sel-sel tubuh atau fizikal tertentu mengikut pilihan anda. Ia membantu untuk mempercepatkan proses merapatkan jurang antara keupayaan anda dan kuasa minda bawah sedar anda untuk apa sahaja kehendak anda dengan menggunakan gelombang Binaural Beats. Kesannya, ia berupaya merubah diri anda secara mental dan fizikal. Antara kesan lain ia dapat membuang segala sikap negatif dalam diri seperti pemarah, emosional, tiada keyakinan diri kepada sikap yang positif seperti lebih berkeyakinan, berkarisma dan sentiasa rasional. Sikap yang positif yang akan diterapkan ke dalam subliminal CD adalah mengikut permintaan individu. Ianya menjadi pilihan kebanyakan artis di barat dan juga ahli sukan dunia.

 


 

 

 

 

 

 

 

search engine submission