Siapa Online
Kami ada 10 tetamu online
Alamat IP Anda
Selamat Datang www.annabella.com.my Anda Dihubungkan Dari 38.107.191.88 Semoga Sihat Selalu
Anda Pelawat Ke :
 | Hari Ini | 15 |  | Semalam | 21 |  | Minggu Ini | 83 |
|
|
|
|
| |
| |
|
Hypno Slimming/ Slimming Therapy
Menurunkan berat badan cara sihat dan hebat!
Apakah hypno slimming?
Salah satu kaedah yang digunakan oleh pelakon-pelakon lelaki dan wanita di negara-negara barat bagi membentuk dan mengekalkan badan yang sempurna serta penampilan diri yang hebat. Program ini merupakan satu kaedah yang sentiasa mengawasi bentuk badan tanpa diet, mempengaruhi anda untuk melakukan aktiviti sihat bagi membentuk badan dan perawakan menarik melalui saranan yang di masukkan ke dalam sistem kawalan diri anda. Seperti hipnoterapi, hipnoslimming juga dapat membantu anda untuk menaikkan imej diri, membina personaliti, memberi keyakinan, menaikkan karisma diri dan keterampilan diri kepada yang anda idamkan selama ini, selain dapat menukar personaliti anda kepada yang lebih baik seperti yang anda mahukan.
Bagaimana caranya?
Percayakah anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan dan kelihatan cantik menawan tanpa ubat-ubatan, diet dan olah raga?
Kami boleh membantu!
Khabar gembira buat anda yang mengalami masalah berat badan, nafsu makan yang tidak terkawal, kurang disiplin pemakanan dan kurang penjagaan kesihatan tubuh badan. Melalui kaedah hipnoterapi, aromaterapi dan muzik terapi yang kami kembangkan, impian anda pasti menjadi kenyataan.
Apakah usaha yang telah anda lakukan untuk menurunkan berat badan?
Mungkin anda telah mencuba pelbagai produk pelangsingan badan sama ada dalam bentuk peralatan mahupun pemakanan, diet, senaman yang rutin ataupun menyedut lemak berlebihan dengan melalui proses yang menyakitkan. Lambakan pelbagai jenis produk di pasaran juga menyebabkan anda telah menghabiskan ribuan wang ringgit untuk mencuba satu persatu produk perlangsingan tersebut.
Bagaimana pula hasilnya?
Mungkin jawapan anda seperti salah satu di bawah.
- 1. Berjaya menurunkan berat badan dan mengekalkannya sehingga kini.
- 2. Berjaya menurunkan berat badan tetapi tidak kekal dan naik semula selepas itu.
- 3. Kecewa apabila wang ringgit yang dikeluarkan tidak setimpal dengan hasil yang diperolehi.
- 4. Tidak berjaya langsung.
Ramai yang beranggapan masalah kegemukan adalah masalah fizikal semata-mata tetapi tidak ramai yang tahu bahawa penyebabnya adalah pemikiran mereka sendiri. Individu yang menghadapi masalah kegemukan pastinya mempunyai pola kebiasaan tertentu yang sudah terprogram di pemikiran bawah sedar mereka yang menjadi punca kegemukan tersebut. Selagi program tersebut belum dihilangkan, percayalah, apa jua usaha yang dilakukan pasti akan gagal. Jika berat badan berhasil dikurangkan, ia hanyalah bersifat sementara.
Bagaimanakah mahu mendapatkan penurunan berat badan secara sihat dan hasilnya berpanjangan?
Cubalah kaedah hypno slimming sekarang!
Apakah keistimewaan hypno slimming?
- Ø Tidak perlu menderita menahan lapar
- Ø Tidak perlu diet dan mengatur pemakanan.
- Ø Tanpa ubat-ubatan dan produk pemakanan menurunkan berat badan .
- Ø Tidak perlu memaksa diri untuk bersenam yang memenatkan.
- Ø Keyakinan diri semakin bertambah dan pembangunan kendiri yang hebat.
- Ø Berat badan anda turun tanpa kesan sampingan.
- Ø Hasilnya yang menakjubkan dan berpanjangan.
- Ø Dijamin selamat!
Pastinya anda tertanya-tanya benarkah hipnoterapi boleh membantu anda menurunkan berat badan tanpa diet dan senaman?
Anda perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi punca masalah kegemukan. Antaranya ialah:
- 1. Nafsu makan yang berlebihan dan tidak mampu menahan lapar.
- 2. Kebiasaan mengunyah dan mengambil makanan ringan.
- 3. Sangat menyukai makanan/ minuman tertentu.
- 4. Tekanan atau masalah yang menyebabkan anda beralih kepada makanan.
- 5. Kurang disiplin diri untuk bersenam atau mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Tahukah anda bahawa kebiasaan adalah lebih kuat berbanding keinginan? Sama juga seperti mereka yang ingin berhenti merokok yang sering kali gagal. Ramai yang mempunyai keinginan untuk berhenti merokok tetapi sukar untuk mengendalikan kebiasaan yang sudah menjadi darah daging mereka.
Apa yang kami lakukan hanyalah memberi saranan-saranan tertentu kepada pemikiran bawah sedar anda untuk mengubah kebiasaan-kebiasaan yang menjadi punca kegemukan. Apabila pemikiran bawah sedar anda sudah menghilangkan semua kebiasaan negatif tersebut, maka anda akan langsing dengan sendirinya. Saranan-saranan baru yang positif pula membantu menaikkan karisma diri, potensi dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda secara sihat dan semulajadi. Hebat bukan?
Hipnoterapi adalah terapi pemikiran yang sangat canggih. Melaluinya kita dapat menjangkau pemikiran bawah sedar, kemudian menghilangkan pola-pola kebiasaan negatif yang sudah sebati dalam diri. Setelah melalui proses hypno slimming, anda akan merasai beberapa perubahan menakjubkan seperti berikut:
- 1. Nafsu makan kembali normal. Anda akan berasa puas dengan kuantiti makanan yang anda nikmati. Anda tidak lagi selalu merasa lapar.
- 2. Tabiat mengunyah tanpa henti anda akan dapat di atasi atau anda hanya mengambil dengan jumlah yang sedikit.
- 3. Semangat dan keyakinan baru untuk mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat.
- 4. Sentiasa berfikiran positif dan ceria di mana anda juga akan diberikan sesi terapi minda secara percuma dan teknik untuk mengubah perasaan negative menjadi positif dalam waktu yang singkat.
Mulakan sesi hypnoslimming anda sekarang! Hubungi kami segera untuk temujanji.
Terapi menambahkan berat badan/ Weight gain therapy
Makan banyak tetapi berat badan tidak bertambah. Tidak kurang pula dengan mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan dan produk untuk menambahkan berat badan, tetapi hasilnya tetap sama. Adakah anda telah mencuba pelbagai kaedah untuk menambahkan berat badan anda tetapi tidak berhasil? Jangan kecewa, mengapa anda tidak mencuba kaedah hipnoterapi pula.
Program kami akan membantu anda untuk mendapatkan tubuh badan yang anda idam-damkan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tubuh badan terlalu kurus dan tidak seimbang dengan ketinggian. Antaranya ialah kurang nafsu makan dan angguan emosi yang tidak stabil.
Hipnoterapi terbukti berkesan dalam membantu anda bagi mendapatkan berat badan ideal. Saranan-saranan yang bersesuaian akan diprogramkan ke pemikiran minda bawah sedar dan minda bawah sedar akan menerima saranan-saranan tersebut dengan segera ke dalam tubuh anda.
Sekiranya anda berminat mengikuti program menambahkan berat badan ini, anda hanya perlu menentukan berat badan ideal ataupun bentuk tubuh badan yang anda inginkan. Kemudian kami akan membantu anda memprogramkan keinginan anda itu ke pemikiran bawah sedar melalui kaedah hipnoterapi. Jangka masa yang diperlukan untuk mencapai berat badan ideal setiap individu adalah berbeza. Biasanya hanya memerlukan masa dua hingga enam minggu bergantung penerimaan klien pada setiap saranan yang diberikan.
Perubahan yang berlaku dapat bertahan untuk satu tempoh yang lama namun ia tidak memudaratkan ke arah penambahan berat badan yang berlebihan atau obesiti. Anda juga tidak perlu risau jika berat badan anda bertambah dan tidak terkawal. Ini adalah kerana apabila anda telah mencapai berat ideal yang sesuai, pemikiran bawah sedar anda akan mempertahankan berat badan tersebut sampai bila-bila.
Hubungi kami segera untuk temujanji anda!
|
|
search engine submission
|
|