Siapa Online
Kami ada 7 tetamu online
Alamat IP Anda
Selamat Datang www.annabella.com.my Anda Dihubungkan Dari 38.107.191.85 Semoga Sihat Selalu
Anda Pelawat Ke :
 | Hari Ini | 8 |  | Semalam | 21 |  | Minggu Ini | 76 |
|
|
|
|
| |
| |
|
Hipnosa Anggun
Inginkah anda mempunyai penampilan yang sentiasa menawan, wajah berseri-seri, memukau setiap mata yang memandang dan menyenangkan setiap insan yang mendampingi anda? Anda tidak perlu membuat pelaburan yang besar untuk mendapatkan semua di atas. Anda juga dijamin tiada kesan sampingan memudaratkan kerana kami sama sekali tidak menggunakan sebarang produk kecantikan untuk membuatkan anda kelihatan anggun dan jelita.
Fitrah wanita inginkan kecantikan dan sanggup mengeluarkan wang ringgit yang banyak demi merealisasikan impian mereka untuk kelihatan lebih cantik dan menarik, sedangkan kecantikan sebenar ada dalam diri mereka sendiri. Biarpun berhabisan untuk ‘membeli’ sebuah kecantikan, namun mengubah penampilan luaran semata-mata tidak mampu mengubah kecantikan keseluruhan anda sekiranya minda dan jiwa anda tidak diubah kerana kecantikan sejati bermula daripada dalaman yang cantik juga.
Konsep kecantikan yang diterapkan di Annabella House Therapy ialah kecantikan sejati yang lahir dari dalaman yakni minda dan jiwa yang positif. Anda mungkin pernah berjumpa dengan wanita yang jelita tetapi tidak menyenangkan orang lain untuk mendampinginya dan anda juga mungkin biasa berjumpa seseorang yang begitu menyenangkan anda untuk melihat, berbicara dan mendampinginya dengan lebih dekat. Tanpa mengenakan solekan yang tebal dan gaya pakaian yang keterlaluan, individu tersebut tampil dengan wajah yang manis, redup dan memukau pandangan anda. Hebat bukan?
Anda juga boleh kelihatan hebat dan menawan seperti itu sekiranya tahu menjelmakan kecantikan dalaman anda sehingga mampu mengeluarkan aura dan karisma diri yang hebat. Saya akan berkongsi rahsia tersebut dengan anda dan anda akan dibimbing secara personal sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Minda anda juga akan diprogramkan sesuai dengan keinginan anda. Saya percaya, anda pasti teruja dengan kehebatan diri anda setelah menjalani sesi ini. Selain itu saya akan menghadiahkan ‘secret of abundance’ khusus untuk anda dan pastinya ia adalah percuma!
Hasilnya?
- Keyakinan diri yang menakjubkan!
- Menghargai dan menyayangi diri anda sepenuh jiwa raga.
- Perubahan pada persepsi diri anda.
- Seorang yang berfikiran positif dan ceria.
- Mempunyai pergaulan yang baik dengan orang disekeliling anda (mudah bergaul).
- Mempunya karisma diri yang hebat disukai ramai.
- Semangat juang yang tinggi dalam hidup.
Mulakan perubahan pada diri anda sekarang! Ramai pelanggan kami yang telah berjaya mendapat apa yang mereka idam-idamkan setelah mengikuti program ini. Anda bila lagi?
Terapi Air dan Bunga
Urut Moden dan Tradisional (satu badan RM50++, mengikut saiz badan, wanita sahaja)
- Urutan selepas bersalin (after birth) - bergantung pakej
- Urutan keletihan seluruh badan ( tiredness)
- Kebas, lenguh, kaki dan tangan (numpness)
- Urutan sengal-sengal seluruh badan
- Urutan muka dan menegangkan payudara
- Urutan aromaterapi
Sauna
|
|
search engine submission
|
|